Kelas Microsoft Office – Words & Advokasi
4 Julai 2020 | Aktiviti TerkiniPada 3 Julai 2020, Pusat Internet Melugu telah mengadakan kelas Microsoft Office iaitu Words. Kelas ini diadakan bertujuan untuk menguji kemahiran dan pengetahuan penggunaan Microsoft Words melalui peperiksaan (test). Mereka turut dididik dengan advokasi.
Dalam kelas ini, peserta menjalani peperiksaan untuk mengetahui kelebihan dan kekurangan penggunaan Microsoft Words sekaligus dapat meningkatkan kemahiran penggunaan Microsoft Words. Tambahan pula, para peserta kelas turut diterangkan dengan Check Your Label dimana mereka digalakkan untuk memastikan bahawa peralatan elektronik yang dibeli mempunyai label MCMC/SKMM sebagai pengesahan bahawa alat-alat tersebut telah diperakui mengikut standarad-standard yang ditetapkan. Para peserta turut didedahkan dengan pengetahuan tentang apa itu e-sisa, punca dan kesan daripada pelupusan e-sisa yang tidak sistematik. Peserta turut dididik dengan online grooming untuk memberi kesedaran kepada mereka agar menggunakan gajet secara berhemah dengan pengawasan daripada ibubapa.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: